Saturday, October 31, 2009

yang akhir...untuk bulan oktober (^_^)v

memang sangat terserlah lah kemalasan nak update blog kan. satu post awal bulan satu post akhir bulan. kalau gaji masuk dua bulan sekali macam ni...fuhhh memang masyukkk la~

pertama sekali, saya nak tanya sesiapa yang duduk Selayang ni, medan selera kat bulatan Bandar Baru Selayang tu tutup ikut suka hati dia atau ada hari tertentu? frust oke, aim nak makan ikan bakar. sampai² tutup pulak. selalu tau kami serumah dikecewakan macam ni (nangis tumbuk² dada boifren.apa kaitan?tiada kaitan..)

oke...jadi setelah dada boifren ditumbuk manja, kami serumah bergerak ke kedai makan pilihan kedua, kedai Tu Dia Pak Tam. sampai sekarang tak kenal kot mana satu pak tam tu.

menu hari ini - nasi putih regular size, ikan kerapu large size, masak cili(apa??), dan tak boleh lupa sambal belacan. sebenarnya saya tak tahu ikan saya ambil tu ikan kerapu. saya bukan kenal semua ikan. bila akak pak tam tu (i mean pekerja kedai pak tam, bukan kakak pak tam) tulis dalam bil, ikan kerapu RM5, baru saya tahu tu ikan kerapu. tu pun kalau akak tu tak menipu saya yang naif ni. total saya kena bayar tadi RM7.30. wOw itu sangat mahal untuk saya oke...

jadi...kalau anda makan di luar untuk lunch...sebaiknya pilih ayam. atau ikan yang anda kenal jenis nya. sebab harga ikan ni dah tentu² lah bergantung kepada jenis ikan. contohnya, kalau ikan termenung@ kembung misalnya, biar berapa kembung ikan tu, harga dia tak lah mahal mana berbanding ikan kerapu saya. so anda dah boleh agak atau budget berapa anda kena caj nanti.

kalau rasa nak makan ketam, sotong atau udang (especially yang saiz dia TERbesar sikit dari saiz biasa) tahanlah dulu nafsu anda. tunggu lah sehingga anda pulang ke kampung halaman. di kedai makan, anda boleh dicaj sehingga RM10 oke untuk dua ekor udang, mungkin? tak berbaloi sebab rasa tak puas makan. jika di rumah, mesti lah masak banyak² kan, pulak tu yang pergi pasar beli udang bagai bukan anda pun. maka lebih nikmat jika makan di rumah.jimat poket anda lagi.

tapi untuk pengetahuan, saya tak makan ketam, sotong dan udang.hahahaha...

* semalam dapat surat dari UiTM, berbunyi... 'sukacita dimaklumkan, yuran kolej tertunggak anda adalah sebanyak RM840.00'

tak ada perasaan kah orang yang karang surat ni?sakit jiwa baca oke, lapan ratus++ kot...

4 comments:

Taufiq said...

haha...adui ai..camne la ikan pun awk x kenal lagi ni..rajin2 la gi ikut mak gi pasar nadia...cmne yuran awk leh tertunggak lak?ha..duit abis kat joli ea..

nurulshari said...

tumbuk2 manja dada boipren. Aww~~

01-09-10 said...

dada berbulu~~

SyarifatulNadiah said...

taufiq.sy salu je tmn mak g pasar klw cuti.tpi salu sangatlahhh kan sy cuti.so dont blame me.
yuran tuh...dia yg tertunggak sniri.hampeh tol.dorang x ckp pape pn sal yuran tau² kena byr rm840.hummp!

kak lun.penah wat ka?hehe

ewhhh dada bulu?omG...