Sunday, August 2, 2009

the lesson

*perasan tak aku suka letak tajuk dalam english lepas tu the whole post dalam BM?saja nak kasi surface nampak gempak.hehe

semalam posting aku telah berjaya melangsungkan karnival kesihatan di taman sri jelok, kajang.alhamdulillah semua dah selesai.

dan semalam ada satu perkara yang menarik perhatian aku, kawan-kawan aku dan lecturer aku jugak.seorang ibu berbangsa cina dengan empat orang anaknya.kalau tak silap aku auntie ni dari pagi dah ada kat tapak karnival dengan anak-anaknya yang kecil-kecil. on that day, aku kena jaga dan susun hadiah so that masa nak bagi hadiah semua dah sedia dengan teratur. jadi aku dengan ein siap-siapkan la hadiah atas stage.penuh la stage tu dengan hamper.aku tengok pun geram.
this auntie and her children asyik linger kat stage tempat aku dan ein tu.aku layan la sikit-sikit anak dia.auntie ni...urmm not so friendly la to say.
then pukul 3 petang ada sukaneka.auntie dengan salah sorang anak dia masuk acara lari ikat tali.lari punya lari dorang dapat number 3.kecoh-kecoh la auntie tu bagitau aku yang dorang dapat number 3 (kebetulan aku ada kat situ and aku pakai baju urusetia). aku cakap kat dia, 'sorry auntie, hadiah sampai number 2 sj'. wahh auntie tu pun bising la kat aku.pok pek pok pek tak puas hati dia tak dapat hadiah.

nilah auntie yang annoying gila tu

acara sukaneka yang terakhir 'siapa makan tembikai paling cepat'.masa announce dah boleh daftar, orang yang hadir berebut-rebut lari dekat ein sebab ein pegang kertas untuk daftar.semua nak masuk ni.auntie ni pun tak terkecuali la berebutnya.dan dia berjaya la masuk kan.
semua orang dah ready ni, tiup-tiup wisel ja terus auntie ni makan tembikai tu macam la kali terakhir dia makan bulan lepas.aku rasa dia tak kunyah langsung, terus telan.syarat nak menang, kena makan paling cepat dan paling licin, sampai tak nampak isi merah langsung.auntie ni dah pulun-pulun makan, dia pun lari kat organizer nak tunjuk dia dah siap makan.tapi ada sisa isi merah lagi, so kena 'halau' balik suruh habiskan betul-betul.bersungguh betul dia main.dan dia orang pertama berjaya habiskan tembikai dengan licin.

bila dah bagi hadiah, dia dapat hadiah berbalut bentuk kotak.dia tak puas hati.dia nak hadiah hamper jugak.bising-bising dia kat kami semua yang jadi urusetia.bising kat stage pulak tu.sampai semua tak larat nak layan dah.last2, kami bawak naik hamper yang tinggal, masuk dalam bilik hadiah.tak boleh nak tukar hadiah tu sebab hamper untuk pertandingan lain.bayangkan, auntie ni ikut belakang sambil bawak hadiah dia sebab nak tukar jugak.kelam kabut la sembunyikan hamper yang tinggal tu.auntie ni putus asa, dia tarik anak-anak dia ajak balik sambil mulut membebel.

masa kejadian, aku memang rasa rimas sangat dengan auntie tu.siap buat muka dengan kawan-kawan lagi.jahat gila kot.

tapi bila balik rumah,masa mandi, aku teringat auntie tu cakap 'anak saya mau yang ni!' sambil tunjuk kat hamper.aku teringat lagi, bersungguh-sungguh dia masuk semua sukaneka sebab nak menang hamper.bersungguh-sungguh mintak tukar hadiah dia dengan hamper.semua sebab anak-anak dia nak.betapa seorang ibu tu akan buat apa saja untuk anak dia.

tiba-tiba auntie menjadi muda dan sungguh motherly look

oke sekarang sila rasa terharu T_T tskkk

p/s : kenapa kalau cina or india nak panggil auntie tak panggil makcik?

4 comments:

Unknown said...

tapi seriously aunty to sgt scary kot..
huhu..
nak nagis la fobia gler smlm..
selamat ader mo...
huuuuuu
tak mo dah g kjg..

SyarifatulNadiah said...

dr ihsan pown muka da lain macam tapi berusaha ctrl macho depan student.hehe

syadatul said...

mendebarkannya...tp xpala..auntie tu patot bersyukur..dahla kenyang mkn tembikai,dpt lg adiah..patot2 time nk bg adiah tu paksa plak dia mkn kulit tmbikai..(huhu...ada org sekijam ini)

SyarifatulNadiah said...

hehe ikyn kejam yg comey