Wednesday, July 8, 2009

penjahat terkawal

Seminggu ini, aku ada habit baru, bertempat di habitat lama(sangat lama, dari kecik aku tak pernah kenal habitat lain. Lama kan?)

Pukul 9 malam. Aku bersiap-siap. Mandi, sikat rambut, senyum sikit kat cermin (tambahkan keyakinan). Lepas tu, aku settingkan tempat. Aku on laptop (cam tahi lepas 3 minit baru dia sedar dari tergantung), cucuk speaker desktop kat laptop, korek DVD yang ada dan pasang. Lupa, 3minit tu aku peruntukkan untuk bancuh nescafe (esok Neslo, lusa teh stroberi, yang penting tak lebih 3minit).

Aku layan DVD sampai DVD layan aku balik. Kakak aku jadi kuli hari hari tolong tutup bawah kan laptop aku. Aku pulak dia biar terkangkang sampai esok pagi.

Satu malam, habit aku jadi lebih ceria. Sebab petang tu aku ke Tesco dengan mak. WoW!!cikedis Twisties Chipster seringgit smilan puluh smilan sen sahaja (ada yang rajin sebut angka 9 lengkap dengan huruf B?) Aku ambil dua bungkus, ambil banyak-banyak nanti tak elok untuk purse mak aku.
Malamnya aku layan DVD sambil kunyah Chipster. Adik aku join sekali. Saat tu aku rasa macam tengah berlakon iklancontoh sedentary lifestyle (dua manusia gemuk di atas katil, menonton cerita sambil makan keropok).

Cerita tamat, Chipster habis. Kakak aku tak sempat makan. Dia buat muka kecewa. Aku kata ada lagi sebungkus kat dapur.

---------------------------

Tiga hari lepas tu, aku ternampak kawan aku. Aku tegur dia dalam loghat Kedah aku 'Eh, aku ingatkan hang dah tak dak kat sini!Jom ikut aku!'

Aku tarik kawan aku. Dia tak membantah.
*Kawan aku bernama Chipster.

Sampai depan laptop, aku makan dia (kawan makan kawan). Sampai habis. Nikmat tahu?

---------------------------

Err, kak, petang ni kita pi Tesco nak?

No comments: