Friday, January 29, 2010

pengalaman pahit saya yang benar

sebelum berlabuhnya tirai januari(cehhh...), saya ingin menambah lagi seketoi post dan diharap sudilah kiranya anda membaca.
ia berkenaan pengalaman pahit saya yang benar.saya teringatkan pengalaman ini setelah membaca post syadatul asyikin yang sangat sweet kat SINI...
serius sweet, baik klik.

perkara ini berlaku semasa saya sedang menjalani hidup sebagai seorang yang tak dikenali di pusat asasi sains UM.

di UM, saya tinggal di kolej Ungku Aziz, yang mana jarak perjalanan ke Pasum itu lebih kurang 15minit berjalan kaki sambil bersembang. kalau berjalan laju mungkin tersepak batu pula.
nak dijadikan cerita benar, satu pagi yang hening kolej tiada air.dan saya pula bangun pagi-pagi terus dapat nature call untuk uh uhh.saspen sekali bila buka paip air tiada air, mengesahkan huru hara kawan-kawan.
nasib la dapat saya mensabarkan usus agar tidak peristalsis dengan hebat.jadi saya pun mandi dengan tenang guna air dari pili bomba.tima kaseh.
kebetulan malam sebelumnya, saya iron baju kurung kain licin yang senang berkedut.jadi apa kaitan kah?tungguuu...

maka selepas saya hampir siap hendak ke kelas, nature call semakin kuat.saya semakin gelabah.mana mungkin hendak uh uhh di toilet yang tiada air.
maka saya membungkus hanger sebijik dalam beg, kemudian berjalan kaki menuju pasum.sungguh pantas langkah saya.bayangkan dalam keadaan **** sudah di hujung, saya terpaksa menapak laju-laju.nasib tak sepak batu, kalau tidak pasti terberak di situ.ahh tak senonoh pula.

sampai pasum, nasib la ada air. saya keluarkan hanger, bukak baju kurung kain licin tu(imaginasi adalah dilarang sama sekali), sangkut kat pintu toilet, dan mulakan operasi.alhamdulillah, perasaan pada masa tu tak dapat diucap.

begitu pahit sekali pengalaman saya kan.ada sekali, nak exam matematik or fizik tak ingat, calon² dah masuk dewan, saya baru perasan tertinggal kalkulator.Allah...terus ajak farah hanani, pinjam moto satu budak, then farah bawak saya naik moto balik kolej.kalau jalan kaki memang tak sempat lah.kalau tak silap nama budak yang kami hijack moto dia tu fizi.

tiba-tiba sudah tiada idea.sekian.

4 comments:

Anonymous said...

lamanya tidak mengepost.tiap2 ari skodeng adakah terdapat entri baru namun kecundang.ahhh...

tq nadya kerana membaca post itu..

lg 1 sorry sbb kami terimaginasi plak penceritaan pengalaman pahit yang manis akhirnya itu..seram.nasib bek la tak pakai baju kurung kuning yang ari khamis tu..kalo x,jenuh la dengan ujan di tgh jalan lg.mesti tertunai hajat kat tgh jalan. ;) -ikin-

nurulshari said...

busuk la syarie ni!
hahahah! buat saspen je, ngat bwk hanger nk wtpa la. ceh, apa kaitan?

hey, its my birthday. wher mt present?;p

SyarifatulNadiah said...

asikyn..nasib kamu dh 22.buleh la berimaginasi.hahah~

kak lun,en selangor x bgi adiah ka..cukop la tu...hehe

Farahanani Amhazali said...

wahh.. hampa ingat lagik kes kita 'merempit' di dalam UM tu??

hahahaha...

lawak sungguh..