Plot masa: aku di tahun 2.
Aku naik bas ekspress dari shah alam nak balik kedah. Sebelah aku sorang lelaki dlm lewat 20-an. Dia sangat la banyak ckp dan suka bersembang. Suara kuat pulak tu. Aku layan 'hmm haa hmm haa' setakat yg termampu, tpi aku x tengok muka dia. Dia cakap dia kerja sebagai tukang penyapu, tapi cita2 sebenar dia nak jadi pemandu bas atau lori. Bila dia senyap ja aku terus ambil peluang untuk tidur. Aku rasa dia mungkin terkejut bila aku bertukar menjadi dugong sebaik masuk fasa tidur.
Beberapa ratus minit selepas tu, bas berhenti kat tmpt yg boleh berhenti. Aku pergi ke tandas melangsaikan apa yang boleh dilangsaikan. Lelaki sebelah aku dah turun lagi awal, mungkin pergi beli gula-gula. Bila aku naik bas, dia dah ada kat seat dia. Aku terpandang dia. Ohh, muka dia saling tak tumpah mcm riezman khuzaimi (RK) , pelakon drama Melayu. Jadi, lelaki ini adalah RK versi tukang penyapu (RKVTP). Nasib la aku tak jatuh cinta mengenangkan dia tua hampir sepuluh tahun dari aku.
Sampai sg.petani, aku terus ambil beg dan turun bas. RKVTP turun jugak, dan aku x tahu dia pergi mana lepas tu. Aku pulak terus balik rumah aku. Belum sampai masa lgi nak balik rumah mentua.
....................
Shah Alam.
Beberapa bulan kemudian, aku semakin dewasa. Aku duduk2 di perhentian bas, menunggu durian runtuh. Perlahan2 sebuah bas berhenti di depan aku. 2-3 orang penumpang turun. Aku tengok driver bas. Muka macam Riezman Khuzaimi (RK). RK versi driver bas (RKVDB) senyum senget. Masuk gear dan pergi.
Huh?adakah ini RK yg aku pernah jumpa dulu? Mungkin impian dia sudah tercapai.
p/s : cerita ni akan jadi automatik tipu klw RKVTP menipu aku akan pekerjaan dia sbg tukang penyapu. dan akan jadi tipu jugak klw aku silap orang, mungkin driver bas tu bkn RKVTP yg aku jumpa dulu.siapa tahu?
2 comments:
hahhaha aper lagii..ader jodoh la tuh..plis mengupdate blog kamu mulai hari ini.sekian.
anenimes.siapa kamu
x mau la jodoh ngan dia, nnt kena masuk sehati berdansa.naya
Post a Comment