Saturday, January 3, 2009

| doa untuk mereka

"Kematian rakyat Palestin mencecah 345 orang, dengan lebih 1,500 cedera dalam tempoh tiga hari serangan. Serangan balas roket di pihak Palestin pula hanya membabitkan kematian empat penduduk Israel."

"Lebih menyedihkan, Perdana Menteri Israel, Ehud Olmert dilaporkan menyatakan hasratnya kepada Presiden Shimon Peres bahawa serangan yang dibuat hanyalah 'beberapa' daripada siri serangan yang dipersetujui. Nampaknya, akan ada lagi dan lagi siri serangan yang tidak diketahui bakal membunuh orang awam yang tidak berdosa."

"Laporan Daily Telegraph cenderung menyalahkan Hamas yang dikatakan sebagai tidak memberi jalan untuk keamanan di Palestin. Hamas dikatakan tidak membawa Gaza ke arah keamanan jika mereka tidak mahu membahagikan tanah Palestin kepada kedua-dua pihak iaitu Palestin dan Israel. Di Barat, tidak hairanlah untuk kita membaca laporan sebegini memandangkan pendirian kerajaannya yang tidak mengecam malah menyokong tindakan Israel."

"Mungkin benar dari satu aspek pertelingkahan ini perlu dihentikan demi kebaikan semua pihak, tetapi jika tanah kita sendiri direbut dan dibedil setiap waktu, bagaimana pula agaknya reaksi kita? Mungkinkah kita akan mendiamkan diri? Atau mungkinkah kita akan bertindak seperti Hamas? Atau mungkin lebih daripada itu?"

Kita tidak tahu kerana kita tidak merasai apa yang mereka sedang lalui.

"Jumlah yang cedera dan terkorban dalam siri serangan kali ini nampaknya lebih besar berbanding serangan sebelum ini. Sebagai umat Islam pastinya kita tidak mahu melihat saudara kita hidup dalam kesengsaraan, sentiasa dalam ketakutan memikirkan adakah mereka dapat terus hidup untuk detik berikutnya."

"Kebangkitan semua pihak membantu mereka amat perlu supaya rakyat Palestin tidak terus ditindas. Sekurang-kurangnya, di pihak diri kita sendiri, paling tidak kita doakanlah agar bumi Palestin dikurniakan keamanan dan dapat mereka hidup selesa seperti umat Islam di negara lain di seluruh dunia."

Penulis ialah pensyarah Universiti Sains Islam Malaysia (Usim), kini melanjutkan pelajaran peringkat doktor falsafah di Nottingham Trent University, United Kingdom
Berita Harian Online, Sabtu 3 Januari 2009 / 6 Muharam 1430
(petikan2 dari artikel beliau)

No comments: