sebelum berlabuhnya tirai januari(cehhh...), saya ingin menambah lagi seketoi post dan diharap sudilah kiranya anda membaca.
ia berkenaan pengalaman pahit saya yang benar.saya teringatkan pengalaman ini setelah membaca post
syadatul asyikin yang sangat sweet kat
SINI...
serius sweet, baik klik.
perkara ini berlaku semasa saya sedang menjalani hidup sebagai seorang yang tak dikenali di pusat asasi sains UM.
di UM, saya tinggal di kolej Ungku Aziz, yang mana jarak perjalanan ke Pasum itu lebih kurang 15minit berjalan kaki sambil bersembang. kalau berjalan laju mungkin tersepak batu pula.
nak dijadikan cerita benar, satu pagi yang hening kolej tiada air.dan saya pula bangun pagi-pagi terus dapat nature call untuk uh uhh.saspen sekali bila buka paip air tiada air, mengesahkan huru hara kawan-kawan.
nasib la dapat saya mensabarkan usus agar tidak peristalsis dengan hebat.jadi saya pun mandi dengan tenang guna air dari pili bomba.tima kaseh.
kebetulan malam sebelumnya, saya iron baju kurung kain licin yang senang berkedut.jadi apa kaitan kah?tungguuu...
maka selepas saya hampir siap hendak ke kelas, nature call semakin kuat.saya semakin gelabah.mana mungkin hendak uh uhh di toilet yang tiada air.
maka saya membungkus hanger sebijik dalam beg, kemudian berjalan kaki menuju pasum.sungguh pantas langkah saya.bayangkan dalam keadaan **** sudah di hujung, saya terpaksa menapak laju-laju.nasib tak sepak batu, kalau tidak pasti terberak di situ.ahh tak senonoh pula.
sampai pasum, nasib la ada air. saya keluarkan hanger, bukak baju kurung kain licin tu(imaginasi adalah dilarang sama sekali), sangkut kat pintu toilet, dan mulakan operasi.alhamdulillah, perasaan pada masa tu tak dapat diucap.
begitu pahit sekali pengalaman saya kan.ada sekali, nak exam matematik or fizik tak ingat, calon² dah masuk dewan, saya baru perasan tertinggal kalkulator.Allah...terus ajak
farah hanani, pinjam moto satu budak, then farah bawak saya naik moto balik kolej.kalau jalan kaki memang tak sempat lah.kalau tak silap nama budak yang kami hijack moto dia tu fizi.
tiba-tiba sudah tiada idea.sekian.